Teres 1 Tingkat Taman Serai Wangi 2, Padang Serai – Open Facing, Renovated, Freehold!

Anda inginkan rumah yang tidak menghadap rumah orang? Rumah ini adalah jawapan kepada masalah anda. Terletak di Taman Serai Wangi 2, Padang Serai, unit ini merupakan rumah open facing – tiada rumah di hadapan, memberikan lebih ruang parkir, pencahayaan semula jadi, dan privasi untuk seisi keluarga. Tambahan pula, rumah ini telah diubah suai sepenuhnya, siap dengan awning, pagar dan poarch yang luas – hanya perlu bawa barang dan terus masuk!


Spesifikasi Rumah

  • Teres 1 Tingkat Freehold – milikan kekal dan lebih fleksibel dari segi pegangan.
  • Saiz tanah 20x70 kaki – sesuai untuk aktiviti luar seperti berkebun atau kawasan santai keluarga.
  • Saiz binaan 20x42 kaki – ruang dalaman praktikal dan mudah disusun atur.
  • 3 bilik tidur & 2 bilik air – termasuk bilik air di master bedroom untuk keselesaan tambahan.
  • 8 kaki tanah di belakang – sesuai dijadikan dapur basah, taman kecil atau ruang tambahan.
  • Poarch hadapan 20 kaki + open facing – tiada rumah di hadapan, menjadikan parkir lebih luas, privasi lebih tinggi, dan suasana lebih terbuka.

Renovasi & Penambahbaikan

  • Awning hadapan rumah – perlindungan cuaca yang memudahkan aktiviti harian.
  • Pagar dan grill lengkap – keselamatan terjamin, tidak perlu keluarkan kos tambahan.
  • Poarch yang luas dan kemas – sesuai untuk pelbagai kegunaan, termasuk ruang santai atau tambahan parkir.

Kemudahan Sekitar

  • 5 minit ke Pekan Padang Serai – akses mudah ke kedai, pasar, bank dan stesen minyak.
  • 15 minit ke Kulim Hi-Tech Park – ideal untuk pembeli yang bekerja di kawasan industri.
  • Sekolah, masjid, dan klinik berdekatan – jimat masa perjalanan harian.
  • Akses mudah ke Jalan Lunas, Karangan dan Lebuhraya BKE – sambungan terus ke kawasan penting di Kulim dan Pulau Pinang.

Harga & Bayaran Bulanan

Harga Jualan: RM280,000 sahaja
Nilai Pasaran: RM300,000+
Penjimatan: Sekurang-kurangnya RM20,000!

Anggaran bayaran bulanan: RM1,250
(Berdasarkan pinjaman 90%, tempoh 35 tahun, kadar 4.5%, umur pembeli bawah 35 tahun)

Anggaran ini andaikan pembeli sediakan tunai untuk deposit, legal fee, valuation fee dan takaful. 100% loan boleh dibincangkan tertakluk kepada kelayakan bank.


Pinjaman & Semakan Kelayakan Disediakan

Kami bantu anda daripada proses semakan kelayakan pinjaman, penyediaan dokumen, hinggalah ke urusan dengan bank dan peguam. Semakan adalah mudah, cepat dan percuma – tanpa sebarang komitmen awal.


Kenapa Anda Perlu Miliki Rumah Ini?

Rumah open facing sebegini sangat jarang dijumpai dan sangat dicari pembeli. Ia memberi lebih privasi, pencahayaan semula jadi dan ruang parkir tanpa hadapan yang sempit. Dengan harga di bawah pasaran dan unit yang telah siap ubah suai, ia pasti menarik minat ramai. Siapa cepat, dia dapat. Jangan tunggu sehingga unit ini dimiliki orang lain!


Hubungi Sekarang

Nazree | 016-444 9278
REN56706 | HIT Properties
Klik untuk WhatsApp























Ada Rumah Nak Jual?

Jika anda pemilik rumah di kawasan Padang Serai dan bercadang untuk menjual, hubungi saya hari ini. Saya bantu anda pasarkan rumah dengan strategi yang betul kepada pembeli yang betul.


Ulasan

Catatan Popular